Posts

Kebangkitan Semula

Barisan Nasional Melaka telah mengundi pada hari Sabtu yang lepas, dan Barisan berjaya menang 2/3 kerusi. Adakah ada signifikan pada sebahagian besar umat manusia? Yang pasti, bagi aku, sedikit sebanyak ada lah tempiasnya. Ilham-i Perlu memilih samada hendak meneruskan atau menguburkan. Dalam masa yang sama, berdepan dengan dilema masa lalu yang menyakitkan - ketidakpercayaan, ketidaksukaan terhadap pengurusan. Kalau memilih menguburkan, lama kelamaan - pasti aku akan menguburkan semua. Malas untuk deal lagi dengan manusia. Tapi kalau pilih untuk meneruskan, maka aku akan teruskan perlawanan ini dengan semangat baru. Sedikit sebanyak, rasanya kemenangan Barisan Nasional itu ada kaitan dengan tema kebangkitan semula. Tidak Sempurna Tidak ada manusia sempurna dalam dunia ini. Cuma yang menjadi persoalan, kelihatan seperti kejahatan yang semakin kuat. Seorang manusia pasti akan menjadi atau disentuh oleh kekotoran sooner or later. Yang menjadi baik dan lebih baik - kemudian semakin memuti...

Simpan

 Hari Jadi Drama paling hebat biasa berlaku di sini. Dan sejujurnya... aku sangat resah setiap kali datangnya hari ini. Sebab ianya memberi peringatan bahawa aku tidak mampu untuk mencapai expectation. Aku perlu buat sesuatu yang jarang aku buat, kemudian menyerahkan diri untuk diadili. Menerima akibat apa-apa sahaja yang berlaku, Benci. Hak Adalah menjadi hak aku untuk memberikan kepada sesiapa yang aku kehendaki selagi perkara itu tidak melanggar perintah syarak. Apa kejadahnya kalau memberikan sedikit harta kepada ibu bapa pun menjadi persoalan. Dalam masa yang sama jangan ingat aku lupa akan kesakitan ungkitan dan persoalan nafkah yang diajukan. Merasa diri begitu hina, tak merasa beban kehidupan dikongsi bersama. Maka atas sebab itulah, satu sebab yang aku tak pernah beritahu atau ceritakan kepada orang lain - sebab yang menjadi kekuatan kepada aku untuk memilih jalan sendiri dalam membina kehidupan yang lebih baik. Kehidupan yang lebih baik adalah bila kau memiliki tujuan hid...

Kenapa Tajuk Blog Dan URL Ini Dipilih

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera Tumblr   Kisahnya, sedang menonton virtual online workshop oleh Richwork. Dan Raz memberitahu tentang perkembangan social media.  Ternampak tumblr di situ, dan tergerak untuk melihat adakah tumblr masih wujud. Cuba log in. Reset password.  Tumblr masih di situ. Dan ada message yang bertanya,  Dan itu mengingatkan kepada kisah lama.... yang mana sebahagian daripada hidup saya yang dulu adalah menggunakan tumblr. Menggunakan blog untuk menulis. Follow blog orang lain, adibah adalah salah seorang. Siapakah gadistukangkebun..... masih menjadi tanda tanya. Blog Mungkin, dah tiba masa buat blog yang baru, untuk cuba menulis semula. Hanya untuk luahkan apa yang terpendam. Memang, boleh menulis dalam Evernote, tetapi mungkin menulis pada tempat yang sesiapa sahaja boleh akses dalam masa yang sama identiti penulis dirahsiakan, adalah satu perasaan yang unik. Satu blog pada zaman universiti. Satu pada waktu housemen. Satu pada zama...