Kenapa Tajuk Blog Dan URL Ini Dipilih

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tumblr 

 Kisahnya, sedang menonton virtual online workshop oleh Richwork. Dan Raz memberitahu tentang perkembangan social media. 

Ternampak tumblr di situ, dan tergerak untuk melihat adakah tumblr masih wujud. Cuba log in. Reset password. 

Tumblr masih di situ. Dan ada message yang bertanya, 

Dan itu mengingatkan kepada kisah lama.... yang mana sebahagian daripada hidup saya yang dulu adalah menggunakan tumblr. Menggunakan blog untuk menulis. Follow blog orang lain, adibah adalah salah seorang.

Siapakah gadistukangkebun..... masih menjadi tanda tanya.







Blog

Mungkin, dah tiba masa buat blog yang baru, untuk cuba menulis semula.
Hanya untuk luahkan apa yang terpendam.

Memang, boleh menulis dalam Evernote, tetapi mungkin menulis pada tempat yang sesiapa sahaja boleh akses dalam masa yang sama identiti penulis dirahsiakan, adalah satu perasaan yang unik.

Satu blog pada zaman universiti.
Satu pada waktu housemen.
Satu pada zaman sudah ada kerjaya, sudah berkeluarga, ada anak, menghadapi hari-hari mungkin... jika dipanjangkan umur...... mencecah usia warga emas. 




Putus asa dan Ketakutan 

Hakikatnya, minggu pertama pkp 2.0 ...adalah minggu yang sangat menyerabutkan.
Tiba-tiba salah seorang rakan yang sama-sama membangunkan syarikat, ingin berhenti.

Keliru, sebab begitu tiba-tiba.

Dalam masa yang sama, sales syarikat tidak memberikan sebarang hint yang jumlah jualan pada bulan itu akan dapat menampung kos overhead bulanan....




S4N. 

Kita fokus tenaga dan masa kita kepada program ini.
Kita tekad untuk menggunakan duit sendiri bagi memberikan suntikan kepada syarikat.

Hasilnya, jualan tertinggi dalam sehari pernah direkodkan dalam sejarah.... untuk syarikat.




Youtube ads, Premiere Pro / Da Vinci?

Setiap hari perlu buat keputusan.
Setiap hari perlu ada penambahbaikan.

Akan tetapi..... saya kerap melupakan keadaan hati dan amalan.
Bahkan lebih tenggelam dalam dosa.....

Di mana... sentuhan atau ingatan yang selalu menyentuh jiwa....





@gaddafi.14

Masa kita dah tak banyak.. #fyp #tiktokmalaysia #positivity #timeflies

♬ original sound - Syed Gaddafi

Comments

Popular posts from this blog

Kebangkitan Semula

Simpan