Simpan
Hari Jadi Drama paling hebat biasa berlaku di sini. Dan sejujurnya... aku sangat resah setiap kali datangnya hari ini. Sebab ianya memberi peringatan bahawa aku tidak mampu untuk mencapai expectation. Aku perlu buat sesuatu yang jarang aku buat, kemudian menyerahkan diri untuk diadili. Menerima akibat apa-apa sahaja yang berlaku, Benci. Hak Adalah menjadi hak aku untuk memberikan kepada sesiapa yang aku kehendaki selagi perkara itu tidak melanggar perintah syarak. Apa kejadahnya kalau memberikan sedikit harta kepada ibu bapa pun menjadi persoalan. Dalam masa yang sama jangan ingat aku lupa akan kesakitan ungkitan dan persoalan nafkah yang diajukan. Merasa diri begitu hina, tak merasa beban kehidupan dikongsi bersama. Maka atas sebab itulah, satu sebab yang aku tak pernah beritahu atau ceritakan kepada orang lain - sebab yang menjadi kekuatan kepada aku untuk memilih jalan sendiri dalam membina kehidupan yang lebih baik. Kehidupan yang lebih baik adalah bila kau memiliki tujuan hid...