Simpan
Hari Jadi
Drama paling hebat biasa berlaku di sini.
Dan sejujurnya... aku sangat resah setiap kali datangnya hari ini.
Sebab ianya memberi peringatan bahawa aku tidak mampu untuk mencapai expectation.
Aku perlu buat sesuatu yang jarang aku buat, kemudian menyerahkan diri untuk diadili.
Menerima akibat apa-apa sahaja yang berlaku,
Benci.
Hak
Adalah menjadi hak aku untuk memberikan kepada sesiapa yang aku kehendaki selagi perkara itu tidak melanggar perintah syarak.
Apa kejadahnya kalau memberikan sedikit harta kepada ibu bapa pun menjadi persoalan.
Dalam masa yang sama jangan ingat aku lupa akan kesakitan ungkitan dan persoalan nafkah yang diajukan.
Merasa diri begitu hina, tak merasa beban kehidupan dikongsi bersama.
Maka atas sebab itulah, satu sebab yang aku tak pernah beritahu atau ceritakan kepada orang lain - sebab yang menjadi kekuatan kepada aku untuk memilih jalan sendiri dalam membina kehidupan yang lebih baik.
Kehidupan yang lebih baik adalah bila kau memiliki tujuan hidup yang jelas, bebas daripada sangkaan manusia dan kau tidak mempunyai sebarang penyesalan.
Berhak
Rasanya antara dilema yang dimiliki oleh seorang miskin yang kemudiannya menjadi kaya, seolah-olahnya tanpa perlu begitu bersusah-payah adalah...... memberikan justifikasi kepada kekayaan.
Siapa kau dan apa yang kau buat sehingga kau layak mendapat kekayaan?
Persoalan ini kadang-kadang membawa seseorang untuk membina sebab demi sebab, meyakinkan diri mereka bahawa memang merekalah berhak ke atas kekayaan tersebut atas sebab apa yang tangan mereka telah usahakan sebelum ini.
Aku tak berhak.
Aku sangat beruntung.
Allah kurniakan kepada aku apa yang orang lain ramai tak dapat.
Untuk itu, aku tersangat bersyukur.
Andai nikmat ini sementara, mampukah aku untuk menghadapi kesusahan hidup sekali lagi.
Air mata bergenang memikirkan hal ini.
Atas sebab merasa tidak berhak, maka kadang-kadang aku terpanggil untuk berusaha lebih untuk syarikat, memberikan lebih banyak kepada orang lain.
Berdoa semoga Allah tidak menjadikan aku orang yang kufur nikmat, sebab aku masih lagi seorang pendosa sama ada ketika miskin atau pun kaya.
Covid19 dan Vaksin
Vaksin sudah pun tiba dan sudah ramai yang mula memperolehi suntikan vaksin.
Lanskap dunia berubah.
Ofis sudah mula dibuka semula...
Tetapi dalam hati rasanya semangat seakan-akan sudah hilang.
Adakah kerana tamparan hebat apabila salah seorang rakan hendak berhenti dan antara sebabnya adalah kerana aku terlalu dominan?
Deal dengan manusia adalah terlalu memenatkan.
Matlamat akhir, menjadi seorang pelabur yang membuat penilaian, melaburkan duit dan melihat sistem/duit berjalan mengikut rezeki yang Allah dah tetapkan.
Inner Game
Aku wariskan ilmu itu kepada titan.
Dalam One Piece, benda ini dipanggil 'haki'.
Lingkungan kekuasaan adalah berdasarkan kepada berapa banyak dan berapa kompleks keputusan-keputusan yang sudah pun diambil.
Border adalah berdasarkan perspektif terhadap dunia, solid atau pun tidak.
Humble tapi dalam masa yang sama bersikap rasional dalam menilai.
Juga aku ceritakan tentang politik dalam syarikat.
Azizan Osman
Pada awalnya aku agak skeptikal, sebab apa yang orang lain sampaikan kepada aku adalah tak kena dengan apa yang aku percaya.
Namun mendengar perkongsian-perkongsian beliau, aku boleh menarik nafas lega yang kita berada pada landasan yang betul sebagai satu syarikat.
Kalau mahal harga yang perlu dibayar, aku rasa itu berbaloi jika itu memudahkan syarikat, memudahkan aku untuk ada orang lain yang berfikir dan membantu melatih ahli-ahli dalam pasukan.
Amalan
Solat-solat sunat, tahajud, dhuha dan sebagainya sudah jauh.
Membaca Al-Quran mungkin sudah dikurangkan menjadi beberapa helaian lembaran surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, itu pun jika ada.
Aku ingin meneguk kembali kemanisan beribadah kepada Mu namun tidak tahu bagaimana.
Atau mungkin itu hanyalah hasrat di bibir sahaja tidak wujud di hati?
Pengakhiran
Bulan ini juga merupakan mungkin satu pengakhiran kepada kes dituduh memberikan 'investment advice'.
Ada beberapa syarikat atau orang persendirian yang terpaksa menutup bisnes mereka setelah mendapat amaran.
Alhamdulillah bukan saya dan juga bukan syarikat.
Untuk itu, kita dikurniakan masa lagi untuk terus berjuang selagi boleh.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete